Pengusaha dan pekerja kantin terima bantuan

Pengusaha dan pekerja kantin terima bantuan

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

TEMERLOH: Sekurang-kurangnya 395 pengusaha dan pekerja kantin sekolah yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19 menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 3.0 daripada Kerajaan Pahang, semalam.

Penyerahan BPP itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin yang diharap membantu meringankan beban yang ditanggung golongan berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, berkata bantuan itu sebagai tanda ingatan dan keprihatinan Kerajaan Pahang dalam membantu golongan yang terjejas.

“Kita harap bantuan ini dapat meringankan beban mereka kesan daripada penularan wabak Covid-19,” katanya.