Pengusaha kantin, pekerja dewan makan asrama di Lipis terima BPP

Pengusaha kantin, pekerja dewan makan asrama di Lipis terima BPP

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

LIPIS: Golongan pengusaha kantin dan pekerja dewan makan asrama sekolah yang terjejas sumber pendapatan kesan daripada penularan COVID-19 terus mendapat perhatian Kerajaan Pahang.

  Terbaru, seramai 212 pengusaha kantin, pekerja dewan makan asrama dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Lipis menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP).

  Menurut Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, bantuan itu sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Pahang di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

  “Bukan nilai ringgit jadikan ukuran. Tapi bantuan ini tanda prihatin dan ingatan kerajaan negeri pimpinan YAB Menteri Pahang kepada golongan sasar yang terjejas di kala pandemik melanda negara kita hingga menjejaskan pendapatan mereka,” katanya.

  Pada majlis penyerahan sumbangan itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Dato’ Sri Mohd Soffi Abd Razak; ADUN Padang Tengku, Dato’ Mustapa Long dan ADUN Cheka, Lee Ah Wong.