Peniaga Pasar Ramadan, Bazar Aidilfitri diminta patuh waktu operasi

Peniaga Pasar Ramadan, Bazar Aidilfitri diminta patuh waktu operasi

KUANTAN: Lebih seribu peniaga Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Lestari dan Pintar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 2022 diminta mematuhi waktu operasi perniagaan sepanjang Ramadan.

Datuk Bandar MBK, Dato’ Hamdan Hussin, berkata ini kerana waktu operasi Pasar Ramadan bermula dari 3 petang hingga 8 malam manakala Bazar Aidilfitri dari 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

“Oleh itu, semua peniaga perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan,” katanya.

Tahun ini, sebanyak 25 lokasi diluluskan iaitu 20 lokasi Pasar Ramadan dan lima lokasi Bazar Aidilfitri.

Pada masa sama, penggunaan bekas polisterin, dawai kokot dan straw plastik tidak dibenarkan di Pasar Ramadan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN