Peniaga usah cuba-cuba menangguk di air keruh ye

Peniaga usah cuba-cuba menangguk di air keruh ye

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan di atas isu kenaikan harga sayur ketika ini.

Pengarahnya, Dato’ Mark Ujin, berkata pihaknya juga meminta pengguna bertindak menjadi mata dan telinga KPDNHEP dalam melaporkan sebarang salah laku berkaitan perdagangan dan isu kepenggunaan.

“Pelbagai medium penyaluran aduan disediakan bagi memudahkan pengguna mengemukakan aduan berhubung isu bekalan, harga dan salah laku peniaga yang tidak beretika,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mengenai isu kenaikan harga sayur, khususnya di Pahang, beliau berkata, hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan terdapat beberapa jenis sayur yang mengalami sedikit kenaikan harga.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak terlalu tinggi seperti yang dilaporkan.

“KPDNHEP Pahang juga mendapati kenaikan harga bagi beberapa jenis sayur di pasaran negeri ini masih di dalam julat harga yang munasabah,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN