Peningkatan KDNK bukti kerajaan berjaya memulihkan ekonomi

Peningkatan KDNK bukti kerajaan berjaya memulihkan ekonomi

BERA: Pemulihan ekonomi negara berada di landasan yang betul, kata YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, tanda pemulihan ekonomi adalah bersandarkan kepada prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang naik 14.2 peratus pada suku ketiga 2022 berbanding 8.9 peratus pada suku kedua 2022.

“Ini juga membuktikan tuduhan pembangkang kerajaan gagal memulihkan ekonomi ternyata meleset sama sekali,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Ngeteh Santai Orang Kita di Perkampungan Orang Asli Kampung Bongkok, di sini, pada 11 November.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) Dun Kemayan, Khairulnizam Mohamad Zuldin dan kira-kira seratus masyarakat Orang Asli. – HUSIN IBRAHIM