Penjawat awam tolong bersihkan kotoran banjir di Raub dan Bentong

Penjawat awam tolong bersihkan kotoran banjir di Raub dan Bentong

RAUB: Seramai 241 penjawat awam dari pelbagai jabatan di daerah ini mengambil inisiatif membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di dua daerah iaitu Raub dan Bentong, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, berkata sebanyak dua bas disediakan untuk penjawat awam terbabit menuju ke lokasi pembersihan.

“Bersama YB Dato’ Abd Aziz Kiram (Adun Batu Talam) melepaskan konvoi kenderaan agensi kerajaan dan dua bas sempena Misi Khas Penjawat Awam Membantu Mangsa Banjir, pagi tadi. 

“Seramai 241 penjawat awam pelbagai jabatan daerah Raub menyertai misi pembersihan pasca banjir di Raub dan Bentong,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.