Penuntut, NGO bermandi peluh cuci rumah mangsa banjir

Penuntut, NGO bermandi peluh cuci rumah mangsa banjir

KUANTAN: Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah berterima kasih di atas keprihatinan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang menghulurkan sumbangan kepada penduduk PAKR Sungai Pandan, di sini.

Beliau berkata, sumbangan `food pack’ iaitu makanan asas buat penduduk PAKR Sungai Pandan yang terjejas akibat banjir sangat dihargai.

“Sesungguhnya sumbangan ini amat bernilai untuk penduduk PAKR Sungai Pandan buat sementara waktu demi meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh pasca banjir ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Mohd Shahar yang juga Timbalan Menteri Kewangan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa daripada pelbagai IPT serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka bertungkus-lumus untuk membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir terutama di PAKR Sungai Pandan.

“Saya belanja ‘lunch’ sikit untuk sukarelawan bagi ‘topup’ balik tenaga untuk kita teruskan perjuangan kita yang masih belum selesai,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN