KUANTAN: Kira-kira seratus penuntut University College of Yayasan Pahang (UCYP) menyertai program UCYP prihatin solidariti mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, di sini, hari ini.
Penolong Naib Canselor Penjenamaan, Komunikasi dan Diplomasi Korporat UCYP, Suhaila Mukhtar, berkata penuntut, pensyarah dan kakitangan UCYP menandatangani sepanduk sebagai simbolik bagi menyatakan sokongan terhadap keluarga mangsa.
Penuntut, Nurul Izzah Anwar, 19, berkata dia menyertai program itu bagi membuktikan keprihatinan terhadap mangsa dan keluarga mereka.
“Dengan menurunkan tanda tangan saya menzahirkan kesedihan buat keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang,” katanya yang berasal dari Temerloh. – MOHD IMRAN IZZAD