Penutup bumi kian melata di Tasik Chini

Penutup bumi kian melata di Tasik Chini

PEKAN: Kerajaan Pahang berpuas hati dengan usaha pemuliharaan yang dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) terhadap Tasik Chini.

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hampir 80 peratus kawasan Tasik Chini kini sudah ditanam dengan pokok penutup bumi.

Katanya, kerja menanam pokok penutup bumi yang mula dilakukan pada Ogos 2021 kini menampakan hasil memuaskan, kawasan terbuka Tasik Chini kini sudah mula hijau.

“Saya berpuas hati dengan usaha bersungguh-sungguh dilakukan JPNP kerana dalam tempoh ditetapkan, jabatan itu berjaya menjalankan tanggungjawab diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau projek memulih dan pemeliharaan Tasik Chini serta penyampaian sijil penyertaan kepada Orang Asli yang menyertai Program ‘Buy Back Guarantee’  Tapak Semaian Tasik Chini, di sini, semalam. 

Wan Rosdy berkata, program ‘Buy Back Guarantee’ oleh JPNP dapat membantu masyarakat Orang Asli tempatan menambah pendapatan kerana benih pokok balak yang mereka semai kemudiannya dijual untuk ditanam semula di kawasan Tasik Chini. – MOHD IMRAN IZZAD