Penyapu kena angkut

Penyapu kena angkut

Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pahang merampas 2,350 unit penyapu buluh yang cuba diseludup masuk melalui Pelabuhan Kuantan, di sini, pagi semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAQIS Pahang memaklumkan, penyapu buluh dari China bernilai RM65,946 itu dirampas berikutan tidak mempunyai Permit Import.

KUANTAN.. Kakitangan MAQIS Pahang melakukan pemeriksaan terhadap kontena yang mengandungi penyapu buluh yang diimport tanpa permit sah (gambar ehsan MAQIS)

“Rampasan itu hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan terhadap kontena diimport di pelabuhan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan sabit kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 11(3).

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” petik kenyataan itu.

Sehubungan itu, MAQIS menasihatkan pengimport supaya terus mematuhi syarat ditetapkan kerajaan bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.