Penyudah tumpul gagalkan misi Sri Pahang kutip tiga mata di laman sendiri

Penyudah tumpul gagalkan misi Sri Pahang kutip tiga mata di laman sendiri

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Kuantan: Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley mengakui kecewa apabila pasukannya gagal mencatat kemenangan setelah tewas 0-2 kepada Perak FC pada saingan Liga Super, malam tadi.

  Kekalahan di tangan perak itu juga adalah yang kedua berturut-turut selepas tunduk 1-3 kepada Selangor pada perlawanan pertama liga, minggu lalu.

  Mengulas kekalahan itu, Dooley berkata, ketumpulan jentera serangan menyebabkan misi melakar kemenangan pertama dalam saingan liga tersekat.

  “Kegagalan melakukan penyudah menyebabkan jaringan tidak dapat dilakukan walaupun pada awal permainan kita bermain baik,” katanya.

  Pada perlawanan malam tadi, dua gol Perak, dijaringkan oleh J Partiban dan Muhammad Farhan Roslan, masing-masing minit ke-43 dan 59.

  Kekalahan Sri Pahang itu meletakkan pasukan itu kini berada di kedudukan tercorot liga tanpa sebarang mata.

  Mengulas dua gol yang dihasilkan Perak, beliau berkata, sedikit kesilapan menyebabkan pasukan pelawat berpeluang melakukan jaringan.

  “Saya harap kesilapan sama tidak diulangi pada perlawanan ketiga nanti,” katanya.