KUANTAN: Semua pihak perlu merujuk kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diketuai pegawai daerah sebelum menyalurkan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir.
Timbalan Menteri Kewangan I, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah berkata, prosedur itu bertujuan bagi memudahkan penyelarasan bantuan kepada mangsa banjir dengan lebih teratur.
“Prosedur itu perlu dalam keadaan wabak Covid-19 yang masih berlaku,” katanya yang juga Ahli Parlimen Paya Besar yang ditemui ketika bergotong-royong membersih kesan akibat banjir di Sekolah Kebangsaan Pancing.
Gotong-royong itu turut disertai Pengarah Pendidikan Pahang, Rosli Abdul Rahman, guru dan masyarakat setempat. – YOP AJI