Perasaan 3M pengundi Kuala Semantan terhadap Tok Mi

Perasaan 3M pengundi Kuala Semantan terhadap Tok Mi

TEMERLOH: Kerja keras yang dilakukan sepanjang diberi mandat menjadi wakil rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan pada penggal lalu menimbulkan perasaan 3M dalam kalangan pengundi kepada Dato’ Nor Azmi Mat Ludin.

Perasaan 3M dimaksudkan ialah memahami, mengenali dan merasai kehadirannya sebagai wakil rakyat yang sentiasa cakna terhadap keperluan masyarakat di DUN itu.

“Saya di DUN Kuala Semantan ni saya dah bekerja lama sebenarnya. Sepanjang tempoh penggal lalu, saya sentiasa berada di lapangan.

“Sebab itu apabila tempoh berkempen ini, saya merasakan tidak begitu sukar untuk orang memahami, mengenali dan merasai kehadiran saya di Kuala Semantan ini.

“Saya juga dapat merasakan dalam tempoh ‘pecutan’ terakhir sebelum PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) Sabtu ini, ‘mood’ anak muda di sini sudah mula sedar betapa pentingnya mereka sama-sama membantu bagi Barisan Nasional (BN) menang di Parlimen dan DUN di dalam Temerloh insya-Allah,” katanya ketika meyambut ketibaan kira-kira 50 mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) anak Temerloh dari seluruh negara di sini, hari ini.

Menurutnya, maklum balas yang diterimanya juga mendapati pengundi tidak begiktu peduli dengan isu dan cercaan yang digembar-gemburkan pihak lawan terhadap UMNO serta BN.

“Mereka sentuh soal kos sara hidup dan rasuah contohnya, langsung tidak memberi kesan sedangkan kita bercakap apa yang perlu kita buat di tiga DUN di bawah Parlimen Temerloh apabila kita menang dan itu yang merea mahukan sebenarnya. 

“Kita tidak mahu retorik, bercakap bulan dan bintang tetapi kita hendak bekerja seperti kata YAB Menteri Besar (Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail), tiada janji tap lihatlah bukti, begitu juga saya, saya tak pernah berjanji tapi lihatlah bukti apa yang telah dilakukan untuk seluruh pengundi di DUN Kuala Semantan ini,” katanya. – HELMY ABD RAHMAN