Kuantan 20 Februari 2023. Pengusaha Restoran Ayam Gepok Jogja Pak Ery, Fatin Syahirah binti Basharuddin merupakan orang kelainan upaya (OKU) membuktikan bahawa golongan ini mampu berjaya walaupun kekurangan fizikal.
Jelasnya lagi, “ keinginan untuk berjaya dalam dunia keusahawanan hasil dorongan ahli keluarga membuktikan golongan orang kelainan upaya juga mampu bersaing dalam dunia perniagaan jika mempunyai keyakinan untuk berjaya”.
Restoran yang terletak di tengah pusat bandaraya (Jalan Tun Ismail) ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin. Ketika ditemui beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai dan menjadi contoh kepada orang kelainan upaya (OKU) lain untuk mempunyai semangat untuk memajukan diri.