KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, hari ini, menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama di antara Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dan Kilang Kosfarm Sdn Bhd.
Perjanjian itu membabitkan lanjutan 18 tahun iaitu dari 2022 hingga 2040 bagi menaik taraf kilang dan penghasilan buah sawit yang memberi manfaat langsung kepada KOSMA dan Kilang Kosfarm.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Pentadbir KOSMA, Zahari Abdul Aziz manakala Ketua Eksekutif Kumpulan, Dato’ Sri Kamaruddin Mohammed, mewakili Kilang Kosfarm.
Turut menyaksikan majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan berharap prestasi dapat ditingkatkan terutama dalam penghasilan buah dan penjimatan kos.
“Walaupun prestasi sekarang sudah baik, kita harap ia dapat dipertingkatkan lagi pada masa depan,” katanya.
Turut diadakan adalah majlis menandatangani perjanjian ejen pengurusan ladang di antara KOSMA dan Budi JS Plantation Management Sdn Bhd. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN