Oleh Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@gmail.com
WAKAF Tiger mencatat kemenangan bergaya, 6-4, ke atas Ukhwah Pahang FC pada perlawanan bola sepak persahabatan di padang tiruan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), kelmarin.
Perlawanan julung kali diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan persahabatan antara pasukan bola sepak di bandar raya ini.
Pengurus pasukan Ukhwah, Zulkefli Senik berkata, keputusan pada perlawanan berkenaan bukan menjadi ukuran, lebih utama ialah pemain dan pegawai berpeluang mengenali antara satu dengan lain.
Menurutnya, selepas merancang beberapa minggu akhirnya perlawanan persahabatan berkenaan dapat diadakan.
“Kita merancang untuk mengadakan lebih banyak perlawanan bola sepak persahabatan di daerah ini dalam usaha mengeratkan lagi persahabatan di kalangan pemain selain untuk memenuhi masa terluang,” katanya.