Permaisuri Agong berkenan terima undangan program membatik

Permaisuri Agong berkenan terima undangan program membatik

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUALA LUMPUR: KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan menerima undangan ke program membatik motif Cepok Mangkoro berjudul ‘Jogja International Batik Biennale (JIBB): Jogja Membatik Dunia’ secara maya di Istana Negara, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Istana Negara hari ini, baginda turut berkenan mempamerkan bakat mencanting batik motif Cepok Mangkoro yang disediakan penganjur.

Program anjuran Dewan Kerajinan Batik Nasional Daerah Jogjakarta itu membabitkan penyertaan peserta dari 25 negara.

Turut berangkat, Sri Sultan Hamengku Buwono X dari Kesultanan Yogyakarta.