Persatuan Infaqniah bantu 129 anak yatim

Persatuan Infaqniah bantu 129 anak yatim

PEKAN: Persatuan Infaqniah Pekan (PIP) menyediakan kelengkapan persekolahan kepada sekurang-kurangnya 129 anak yatim di daerah ini.

Penaung PIP, Ishak Idris, berkata setiap pelajar berumur tujuh hingga 16 tahun itu menerima pakaian sekolah seperti kasut, tudung dan stokin dengan nilai RM150.

“Setiap tahun PIP menyediakan bantuan persekolahan kepada pelajar terdiri daripada anak yatim. Kita turut membantu golongan asnaf dan pesakit kronik dengan menyediakan keperluan asas.

“Wang hasil sumbangan 185 ahli kita didermakan kepada golongan memerlukan di daerah ini,” katanya pada Program Pembelian Pakaian Seragam Sekolah Anak-Anak Yatim Sekitar Daerah Pekan, di sini, kemarin.

Hadir sama Pengerusi PIP, Fadzilah Wahab. – MOHD IMRAN IZZAD