PEKAN: Parlimen Pekan menyaksikan pertandingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Sri Sh Mohamed Puzi Sh Ali akan dicabar Mohd Naim Zainal Abidin (PH-PKR), Tengku Dato’ Zainul Hisyam Tengku Hussin (Bebas),
Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak (GTA/Pejuang) dan Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mewakili PN-PAS.
Pengumuman rasmi senarai calon itu dilakukan Pengarah Pilihan Raya Bahagian Pekan, Dato’ Zaliza Zulkipli di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.
Sementara itu, empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Pekan pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Kerusi DUN Pulau Manis menyaksikan penyandangnya, Dato’ Khairuddin Mahmod (BN) dicabar calon Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan (PN-PAS) dan Muhammad Khairil Khalid (PH-DAP).
Untuk kerusi DUN Peramu Jaya pula menyaksikan Dato’ Mohd Nizar Najib (BN) dicabar Abu Talib Muhammad (PN-Bersatu) dan Tugimon Abdul Hamid (PH-Amanah) dan Tengku Dato’ Zainul Hisyam Tengku Hussin (Bebas).
Kerusi DUN Bebar, BN diwakili penyandangnya, Dato’ Mohd Fakhruddin Mohd Ariff berdepan wakil PN-Bersatu, Narzatul Haidar Sakim dan Ibrahim Sulaiman (PH-Amanah).
Bagi kerusi DUN Chini, penyandangnya, Mohd Sharim Md Zain bakal dicabar Fahrur Rozi Jalaluddin (PN-PAS) dan Mohamad Yazid Che Mat (PH-PKR). – MOHD IMRAN IZZAD