Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion ringgit bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata peruntukan itu antaranya untuk membina sebuah Sekolah Menengah Agama di Wilayah Persekutuan Labuan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM65 juta.
“Kerajaan juga akan meluaskan skop pengajaran Takmir di bawah Jakim kepada agensi-agensi kerajaan antaranya Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menambah 1,000 Guru Takmir.
“Kerajaan akan turut menyalurkan pemberian khas ‘one-off’ sebanyak RM500 untuk dinikmati 70,000 imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pembentangan Bajet 2022 di Parlimen, hari ini.