Pesakit kronik terima bantuan Menteri Besar

Pesakit kronik terima bantuan Menteri Besar

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpagang@gmail.com

KUANTAN: Tidak sesekali meminggirkan pesakit kronik, YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail tampil menyalurkan peruntukan kepada golongan berkenaan.

Terbaru, 25 individu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing menerima bantuan berkenaan.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai lembing, Dato’ Md Sohaimi Mohamed Shah.

Md Sohaimi berkata, beliau berterima kasih di atas keprihatinan Menteri Besar yang sedia menghulurkan bantuan kepada pesakit kronik.

“Semoga dengan bantuan ini, ia diharap dapat meringankan beban yang ditanggung mereka. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua pesakit ini diberi kesembuhan oleh Allah SWT,” katanya.