Pesedak cari wakil Kuantan ke STL

Pesedak cari wakil Kuantan ke STL

DUA puluh lima berentap pada Kejohanan Sepak Takraw anjuran Persatuan Sepak Takraw Daerah Kuantan (Pesedak) di Gelanggang Sepak Takraw Permatang Badak, Kuantan, hari ini.

Kejohanan itu diadakan bagi mencari pemain yang akan mewakili Kuantan pada Kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) Pahang.

“Hari ini, saya hadir merasmikan kejohanan anjuran Pesedak di Gelanggang Sepak Takraw Permatang Badak. 

“Kejohanan ini disertai oleh 25 pasukan dari serata daerah Kuantan untuk membuat pemilihan pemain bagi mewakili Kuantan ke Liga STL Pahang,” kata Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Shahar Abdullah.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan I mengharapkan lebih ramai anak muda akan terlibat dalam sukan sepak takraw.

“Pelbagai usaha telah dibuat untuk menambahbaik infrastruktur bagi memperkasa sukan sepak takraw,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN