Pesilat Pahang tangkas bantu negara

Pesilat Pahang tangkas bantu negara

KUANTAN: Tiga pesilat Pahang membuktikan kecemerlangan apabila berjaya menyumbang pingat emas untuk kontinjen negara pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 Melaka berakhir 1 Ogos lalu.

Tiga pingat emas disumbang oleh Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga dalam kategori Ganda Putera dan Mohd Al-Jufferi Jamari dalam kategori F Putera.

Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Zamri Hassan berkata dua pingat perak turut disumbang pesilat Pahang menerusi Muhammad Shukrillah Badrilah dalam kategori Solo Kreatif Putra dan Nur Syafiqah Hamzah dalam kategori tunggal Puteri.

Menurutnya, 10 pesilat Pahang mewakili kontijen negara pada kejohanan dunia di Melaka itu. Keseluruhan pasukan negara meraih tujuh pingat emas.

“Saya berpuas hati dengan prestasi yang dipamer pesilat Pahang pada kejohanan silat dunia, mereka telah buktikan kebolehan sehingga berjaya membawa pulang pingat.

“Mohd Al-Jufferi dinobatkan juara dunia kali ke empat yang dianggap pencapaian terbaik dan begitu membanggakan,” katanya, di sini, hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD