ROMPIN: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin akan beroperasi di bangunan sendiri apabila projek menyiapkan kemudahan itu dijangka siap sepenuhnya Jun depan.
Pegawai PHD Rompin, Shairani Mamat, berkata pembinaan bangunan dua tingkat berkenaan menelan kos RM5 juta dan ia dilengkapi pelbagai kemudahan.
“Penantian sekian lama untuk beroperasi di bangunan sendiri akhirnya menjadi kenyataan tahun ini dan keselesaan menjalankan tugas pastinya dinikmati semua kakitangan.
“Bangunan ini dibina dengan reka bentuk menarik dilengkapi dengan bilik
pegawai dan mesyuarat termasuk
ruang kakitangan, pejabat renjer serta bilik kebal,” katanya, di sini hari ini.
Menurutnya, sebelum ini PHD Rompin beroperasi di bangunan kerajaan terletak di bandar ini. – MOHD IMRAN IZZAD