TEMERLOH: Usia bukan penghalang bagi 16 pasukan bola sepak, masing-masing dibarisi pemain veteran yang berentap secara ‘kalah mati’ untuk merebut Piala Sumbangsih Liga Friendly Komuniti [V] Temerloh 2020.
Pada aksi perlawanan akhir, pasukan Paya Pulai ternyata gagah apabila muncul pemenang menewaskan pencabar, PIBK ABS dengan kemenangan 2-0.
Pasukan itu membawa pulang piala dan pingat yang ditaja Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Hadiah disampaikan Ahli DUN Kerdau, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
“Acara ini sangat baik kerana bukan sahaja bersifat santai, malah memenuhi semangat berkomuniti.
“Tahniah penganjur dan peserta. Saya juga ucapkan terima kasih atas undangan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri.
