PKPD di Felda Jengka 25 bermula hari ini

PKPD di Felda Jengka 25 bermula hari ini

KUANTAN: Felda Jengka 25, Temerloh, Pahang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 10 Januari depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan melaksanakan PKPD di lokaliti terbabit dibuat selepas meneliti analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko trend jangkitan Covid-19.

“Semua prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sementara itu, Rodzi memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilanjut atau ditamatkan PKPD, semalam. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN