PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis, 6 Januari

PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis, 6 Januari

KUANTAN: Felda Keratong 5 di Rompin dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 19 Januari depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan melaksanakan PKPD di lokaliti terbabit dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko trend jangkitan Covid-19.

“Prosedur operasi standard (SOP) PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Rodzi memaklumkan tiada lokaliti yang dilanjut atau ditamatkan PKPD, semalam. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN