Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu di Cameron Highlands dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula Isnin ini.
Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Dato’ Sri Hishammuddin Hussein berkata, kampung itu antara sembilan lokaliti termasuk di Sabah yang dikenakan PKPD.
“Keputusan ini dilaksanakan selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, dua lokaliti iaitu Bandar Melati dan Ladang Senang di Rompin yang dikenakan PKPD pada 2 Ogos lalu ditamatkan esok, seperti yang dijadualkan.