PKPD Kampung Bongkok dan Kampung Gadak

PKPD Kampung Bongkok dan Kampung Gadak

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Dua lokaliti, masing-masing satu di Bera dan Rompin dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula 14 hingga 27 Ogos ini. 

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, berkata lokaliti terbabit ialah Kampung Bongkok di Bera dan Kampung Gadak, Rompin.

“Keputusan itu diambil selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, lokaliti Apartment Amber Court dan tapak bina Grand Ion Delemen di Genting Highlands, Bentong, yang dikenakan PKPD sejak 31 Julai lalu dan sepatutnya tamat esok, dilanjutkan pelaksanaannya.

“Dua lokaliti ini akan disambung pelaksanaan PKPD bermula 14 hingga 27 Ogos ini,” katanya.