PM serah surat pelantikan kepada wanita Orang Asli pertama dilantik Ketua Pengarah JAKOA

PM serah surat pelantikan kepada wanita Orang Asli pertama dilantik Ketua Pengarah JAKOA

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar ihsan Facebook DS Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Sapiah Mohd Nor mencipta sejarah negara menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berkuatkuasa, esok.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata Sapiah, 56, Orang Asli keturunan Suku Semai, turut mencatat sejarah menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan tertinggi perkhidmatan awam.

“Pelantikan Sapiah diperkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR. Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan surat pelantikan Ketua Pengarah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kepada Sapiah Mohd Nor.

“Bagi pihak Kerajaan dan seluruh Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.

Sapiah berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-Undang Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan universiti sama pada 2001. 

Beliau menyertai perkhidmatan awam dengan menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir pada 1991 dan pernah berkhidmat di beberapa kementerian serta jabatan dalam tempoh 30 tahun berkhidmat. 

Sebelum ini Sapiah dilantik sebagai pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sementara itu, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor turut mengucapkan tahniah kepada Sapiah, hari ini.

“Tahniah wanita pertama Orang Asli dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKOA Malaysia. Laksanakanlah tugasmu dengan penuh intergriti dan moral. Aamiin Yarabal Aalamiin,” katanya.