Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tiba di perkarangan Istana Abdulaziz di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.Beliau diringi konvoi dari pejabat Setiausaha Kerajaan negeri dan Pejabat Sultan Pahang.
Kira-kira setengah jam kemudian, Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dilihat tiba di perkarangan istana berkenaan.
Difahamkan, Perdanan Menteri menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyampaikan senarai cadangan barisan kabinet baharu Kerajaan Persekutuan.
Sabtu lalu, Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.