Pokok bunga hiasan pun nak kebas ke?

Pokok bunga hiasan pun nak kebas ke?

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) rugi RM2,500 selepas 150 bunga hiasan spesies ‘ixora sunkist’ dicuri di Jalan Kuantan-Gambang, dekat Taman Tas, di sini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata perbuatan terbabit amat dikesali ketika pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sedang mengindahkan jalan berkenaan.

“MBK meminta individu atau pihak tidak bertanggungjawab supaya membuang tabiat atau perbuatan tidak bermoral itu.

“Perbuatan terbabit akan menyebabkan usaha yang dilakukan untuk melihat bandar raya Kuantan cantik akan terbantut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.