BENTONG: Sekurang-kurangnya 130 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong turun padang dalam Program Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes, Bentong, 2 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, rewang dijalankan di sekitar IPD, berek Polis Bentong dan beberapa balai luar Bentong, seawal 7.30 pagi.
Katanya, turut hadir ialah kakitangan dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bentong serta kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Bentong yang menjalankan semburan asap di kawasan persekitaran IPD Bentong serta berek polis.
“Gotong royong pada sebelah pagi lebih tertumpu kepada membersihkan kawasan longkang dan persekitaran IPD Bentong serta kawasan berek polis bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE