Polis Pahang Pantau Kes Kecurian Motor di Pasaraya


30 Mac 2023, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) mengadakan kolaborasi Pemantauan Pencegahan Jenayah kawasan tempat letak motosikal di pasaraya sekitar daerah Kuantan.

Program tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) (Operasi) Pahang, ACP Muhammed Rizal Kamarudin, Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) Daerah Kuantan, pengurusan kanan dan keselamatan pasaraya dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan MPV Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Pengurusan kanan Pasaraya, Pegawai Keselamatan Pasaraya dan anggota-anggota URB dan MPV IPD Kuantan turut hadir di program kolaborasi PDRM bersama pihak Pengurusan Keselamatan Pasaraya dalam program pencegahan jenayah bagi membendung kes-kes kecurian motosikal.

ACP Rizal ketika ditemui berkata, program ini bertujuan memberi pendedahan tentang punca-punca berlakunya jenayah kecurian motosikal dan bagaimana cara untuk mencegah serta mengatasi masalah kecurian motosikal.

Beliau turut menasihatkan anggota pengawal keselamatan pasaraya mengambil berat akan apa jua kesalahan jenayah yang sering berlaku seperti penyeluk saku atau ragut dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) dibeberapa lokasi yang menjadi tumpuan.

Katanya lagi, pengguna juga dinasihatkan tidak meletakkan motosikal mereka dikawasan yang sunyi dan pastikan motosikal dikunci sebelum meninggalkannya.
“Kalau boleh gunakan kunci tambahan dan alat penggera sebagai langkah pencegahan untuk mengelak motosikal dicuri” jelas.

oleh: KABHI ISMAIL