Polis pesan jangan lupa SOP Covid-19

Polis pesan jangan lupa SOP Covid-19

Oleh Zulkepli Osman

Zulkepli@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Polis menasihati penduduk agar menitik berat keselamatan diri dan keluarga serta sentiasa mematuhi SOP Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohamad Rizal Kamaruddin, berkata kelonggaran bukan tiket untuk penduduk beriadah tanpa kawalan.

“Minta jangan abaikan SOP Fasa 3,” katanya ketika ditemui memantau dan mengedarkan risalah pemantuhan SOP bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan  Majlis Bandaraya Kuantan (MBM), pada Ahad, 26 September. 

Selain itu, mereka turut dilihat menasihati warga Kuantan yang mengambil kesempatan keluar berkelah di Pantai Kempadang susulan peralihan negeri ini ke Fasa 3 PPN, sejak Jumaat lalu.

“Memang sekarang Pahang sudah memasuki Fasa 3 PPN. Tapi, ia bukan bermakna kita perlu mengabaikan SOP. Wabak Covid-19 masih belum tamat,” katanya.