POLISAS adakan kerjasama strategik dengan 15 syarikat

POLISAS adakan kerjasama strategik dengan 15 syarikat

KUANTAN: Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) mengadakan kerjasama strategik dengan 15 syarikat yang beroperasi di Pahang untuk membuka peluang kepada graduannya mendapatkan pekerjaan.

Program berkenaan diadakan sempena Majlis Perasmian CISEC Engagement Day 2022 yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Yusma Yusof di Dewan Sri Mahkota, POLISAS, di sini semalam.


Yusma berkata, sempena program berkenaan turut diadakan taklimat kerjaya dan sesi temuduga bagi membantu komuniti setempat serta graduan POLISAS mendapatkan pekerjaan.

Menurutnya, POLISAS  dianugerahkan sebagai institusi cemerlang bagi kebolehpasaran graduan pada 2021 dan pencapaian berkenaan hasil kerjasama strategik dengan pihak industri.

“Kemahiran yang dimiliki graduan POLISAS menjadi kelebihan kepada mereka untuk diterima bekerja dalam pelbagai sektor terutama di Pahang selain beberapa negeri lain,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD