KUANTAN: Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuantan menyampaikan duit raya RM3,000 kepada 28 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Titian Murni,
Pulau Serai, di sini.
Turut disumbangkan ketuhar dan periuk serba guna untuk memasak bagi kegunaan pelatih menghasilkan kuih untuk aktiviti jualan.
Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua Kelab Kilat Kuantan, Ir Mohamad Mohyddin Mohamad Nor yang turut disertai jawatankuasa kelab.
Mohamad Mohyddin berkata, sumbangan berkenaan sebagai hadiah Aidilfitri kepada pelatih dan petugas yang amat memerlukan kemudahan itu.
“Kita harapkan keseronokan pelatih menyambut Aidilfitri kali ini lebih terasa apabila menerima duit raya,” katanya selepas mengagihkan sumbangan berkenaan. – MOHD IMRAN IZZAD.