Presiden MBNP kini terajui MBM

Presiden MBNP kini terajui MBM

SUBANG JAYA: Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-22 dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Sesi 2022-2024 sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan ke-71 (MPAT71) yang berlangsung di sini, semalam.

Izzat mengambil alih teraju kepimpinan MBM daripada Jufitri Joha yang memimpin MBM untuk Sesi 2018-2020 dan 2020-2022.

Seramai 385 perwakilan mengambil bahagian dalam MPAT kali ini yang mana penamaan calon diadakan pada 5 Mac, manakala proses pengundian pada semalam. 

Keputusan penuh selepas pengiraan undi diperoleh jam 5 petang semalam dan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya MPAT71, Wan Mohd Husni Abdullah.  

Pemilihan kali ini menyaksikan persaingan bagi beberapa jawatan utama yang dipertandingkan antaranya Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa.

Selain Mohd Izzat Afifi, jawatan Pengerusi Tetap digalas Muhammad Fadzli Hassan dari Majlis Belia Felda Malaysia; Timbalannya, Gan Chee Wei (Persatuan Belia Buddhist Malaysia); Timbalan Presiden, Mohd Fairos Rusli (Majlis Belia Negeri Sembilan); Naib Presiden terdiri daripada Syed Osman Mohamed (Pergerakan Belia India Muslim Malaysia), Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) dan K Gobi (Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia); Setiausaha Agung, Hasnul Haniff Harun (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) serta Bendahari Kehormat Mohd Izham Ahmad (Majlis Belia Negeri Terengganu).

Ahli Jawatankuasa Kerja pula terdiri daripada Mohamad Syahir Mohd Yusof (Majlis Belia Selangor), Mohammed Naquib Syed Abdul Rahman (Majlis Belia Wilayah Persekutuan), Nor Mohamad Shawaluldin Abdul Malik (Majlis Belia Negeri Johor), Amir Syarifuddin Abdul Majid (Majlis Belia Negeri Kedah), Siti Sobrinah Tassim (Majlis Belia Sabah), Ng Chor Eng (Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia), Ibnu Rasyeed Mat Isa (Majlis Belia Negeri Perak) dan Siti Nor Hasyyati Abdul Rahman (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia).

Seterusnya, Eow Shiang Yen (Majlis Belia Negeri Perak), Mohd Ismail Mahyuddin (Persatuan Asrama Belia Malaysia), Mohd Fauzi Fadzil (Angkatan Belia Islam Malaysia), Ahmad Farhan Bin Rosli (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia).

Majlis perasmian yang dijadualkan berlangsung esok, akan disempurnakan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. – KABHI ISMAIL