Presiden PSNP kekal milik Tengku Muhamad

Presiden PSNP kekal milik Tengku Muhamad

Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
Gambar

TENGKU Dato’ Muhamad Sultan Abu Bakar mengekalkan jawatan selaku Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Pahang (PSNP) bagi penggal 2021-2014.

Jawatan Timbalan Presiden PSNP pula disandang Datuk Abu Jimi Samat manakala Naib Presiden Satu dan Dua, masing-masing disandang Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar dan Nara @ Nikman Nordin.

Pada pemilihan baharu Ahli Majlis Tertinggi PSNP di Mesyuarat Agung PSNP yang diadakan secara maya malam tadi, tiada sebarang pertandingan diadakan.

Bagaimanapun, jawatan Timbalan Presiden serta Naib Presiden Satu dan Dua diisi orang baharu.

Mesyuarat itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Seri Mohd Johari Hussain.

Pada mesyuarat berkenaan, Mohd Johari mengumumkan pemberian geran RM20,000 kepada PSNP.