Prestasi Samassa kian meyakinkan

Prestasi Samassa kian meyakinkan

KETANGKASAN Mamadou Samassa mengawal gawang daripada dibolosi ketika menang 2-0 ke atas Selangor FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC membawa sinar baru kepada skuad Dato’ Dollah Salleh.

Justeru, ketua jurulatih Sri Pahang itu mahu prestasi cemerlang diteruskan pemain yang memiliki ketinggian 1.97 meter pada perlawanan akan datang.

“Saya lihat Samassa sudah dapat keyakinan selepas menang dua perlawanan berturut-turut terutama tanpa bolos ketika berdepan Selangor dan KDA FC.

“Keyakinan Samassa itu juga turut menyuntik semangat kepada pemain lain untuk memastikan Sri Pahang beroleh kemenangan pada setiap perlawanan.

“Pada masa sama, Samassa gembira dengan prestasinya selepas tidak beraksi baik termasuk melakukan kesilapan mudah pada perlawanan lalu,” katanya.

Musim ini, Samassa yang juga penjaga gol kebangsaan Mali menjadi tonggak utama skuad Tok Gajah.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN