PRK Pelangai: 59 peratus sudah mengundi setakat 2 petang

Bentong 7 Oktober 2023 (FIKRAH PAHANG ) “Wah, teruja saya tengok ramai yang keluar awal pagi untuk mengundi. Semacam hari raya, semua berpakaian kemas dan wangi” katanya calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Amizar Abu Adam dalam satu hantaran Facebooknya.

Beliau juga berkata rata-rata yang ditemui menunjukkan isyarat nombor tiga kepadanya ketika meninjau kawsan pusat mengundi sekitar Felda Chemomoi.

Menurut portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratus pengundi keluar mengundi bagi undi biasa sehingga pukul 2 petang tadi adalah 59 peratus untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Kesemua sembilan pusat mengundi dengan 30 saluran dibuka pada 8 pagi tadi bagi membolehkan 16,383 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu hari ini.

Oleh Kabhi Ismail