Program Food Bank   Siswa bantu 1,200 pelajar PMS

Program Food Bank Siswa bantu 1,200 pelajar PMS

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

MUADZAM SHAH: Seramai 

1,200 pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS), di sini, menerima bantuan makanan menerusi Program Food Bank  

Siswa sepanjang tempoh pengajian mereka.

  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Program Food Bank Siswa di PMS menggunakan konsep Food Pantry di mana pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) menyediakan tempat penyimpanan makanan kering untuk diagihkan kepada pelajar mengikut jadual yang ditetapkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah) pada Pelancaran Program Food Bank Siswa Ke-27 di Politeknik Muadzam Shah.

  Menurutnya, inisiatif Food Bank Siswa bertujuan untuk menyalurkan bantuan makanan kepada pelajar yang memerlukan dan pada masa yang sama membantu meringankan beban sara hidup yang ditanggung.

  “Program Food Bank Siswa turut mengalu-alukan penglibatan pelajar terutama persatuan pelajar sebagai  

pengerak program dengan berkonsepkan ‘Daripada Mahasiswa kepada Mahasiswa’.

  “Program Food Bank  

Siswa menjadi platform turut membentuk semangat serta budaya kesukarelawan  

di kalangan pelajar selain menerapkan nilai sifar pembaziran,” katanya.

  Beliau berkata demikian pada

Pelancaran Program Food Bank Siswa Ke-27 di Politeknik Muadzam Shah (PMS), di sini, semalam.

  Turut hadir, Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Sri Hassan Arifin.

  Menurutnya, kini seramai 

17,954 pelajar seluruh negara 

menerima sumbangan  

bantuan daripada Program Food Bank Siswa.

  Katanya, program Food Bank Siswa yang digerakkan oleh Sekretariat Food Bank Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan polisi yang diwujudkan bagi membantu pelajar kurang berkemampuan mendapatkan makanan serta keperluan harian. 

  “KPDNHEP mengalu-alukan pembabitan semua pihak termasuk Persatuan  Pelajar dan pengurusan IPT untuk bersama dengan KPDNHEP dalam menggalakkan penglibatan sukarelawan di dalam program ini,” katanya.