Program khas Pahang, PDRM perangi dadah

Program khas Pahang, PDRM perangi dadah

KUANTAN: Kerajaan Pahang sedia bekerjasama memerangi penyeludupan dan pengedaran dadah serta program khas untuk bekas penagih dadah di negeri ini.

Kerjasama itu hasil perbincangan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Saya gembira saya dapat bertemu Dato’ (Ayob Khan), seorang pemimpin kanan polis yang cukup disegani kerana ketegasan dan kesungguhan beliau menentang penjenayah di negara ini.

“Beliau yang kini memikul tanggungjawab sebagai Pengarah JSJN Bukit Aman berperwatakan begitu bersahaja tetapi memiliki aura keberanian yang cukup hebat. 

“Saya doakan semoga beliau dikurnia kekuatan, ketabahan dan kecekalan oleh Allah SWT dalam memberi khidmat bakti terbaik untuk agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN