Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai 2022, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan khas secara langsung hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 yang ketika ini masih bermaharajalela di dalam negara.
“Bergantung kepada situasi pandemik (COVID-19), saya membuat aku janji bahawa PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai 2021,” katanya ketika menyampaikan ucapan khas secara langsung hari ini.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau yakin rakyat dapat kembali kepada kehidupan biasa sejurus negara pulih daripada pandemik COVID-19.
“Malaysia dijangka mencapai vaksinasi 100 peratus populasi dewasa dan 80 peratus populasi keseluruhan pada Oktober ini.
“Pada masa itu nanti, kes COVID-19 akan mencatatkan penurunan ketara dan menjadi lebih terkawal. Kita terus berdoa dan berikhtiar sepenuh jiwa dan raga agar terhindar daripada wabak ini,” katanya.