KUANTAN: Suami isteri merayu kepada orang ramai untuk membantu mencari anak perempuan mereka yang hilang.
Hasmah Seman, 46, dari Temerloh berkata, anak sulungnya, Noramirah Mohd Safri, 29, tidak pulang ke rumah sejak 25 Mei lalu.
Katanya, dia bimbang dengan keselamatan anaknya itu yang dikatakan ke Kuantan pada tarikh berkenaan.
“Noramirah memaklumkan tidak perlu bimbang menerusi mesej yang yang dihantar. Sejak itu Noramirah tidak dapat dihubungi dan saya bimbang jika berlaku apa-apa terhadapnya. Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Temerloh, pada 29 Mei lalu,” katanya.
Sehubungan itu, Hasmah meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Noramirah dapat menghubunginya di 011-64690336.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN