JERANTUT: Sembilan Rakan Usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Pahang antara 38 usahawan yang terjejas akibat banjir yang melanda Pahang, pada akhir 2021.
Pengerusinya, Dato’ Ahmad Nazlan Idris berkata, sembilan rakan usahawan itu mengalami kerugian RM1.8 juta.
Menurutnya, mereka adalah sebahagian daripada 53 Rakan Usahawan PUNB mengalami kerugian kira kira RM10.5 juta.
Ahmad Nazlan berkata, PUNB amat prihatin dengan nasib Rakan Usahawan yang terjejas akibat banjir dan menawarkan moratorium sehingga enam bulan sejak 1 Januari lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban kewangan ditanggung Rakan Usahawan yang terjejas akibat banjir.
“PUNB akan sentiasa memberikan tumpuan untuk membantu rakan usahawan yang terjejas dan berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan sebarang kesulitan kewangan yang dihadapi sepanjang tempoh mencabar ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas dalam majlis penyampaian Ang Pow Tahun Baru Kepada Warga Emas dan Golongan Kurang Berkemampuan Kaum Tiong Hua dalam Parlimen Jerantuti. – MUHAMMAD NAJMIE