Rakyat Pahang Perlu Bertenang….MB Pahang

KUANTAN 31 Mac  2024. (FIKRAH PAHANG)  Rakyat Pahang perlu bertenang, serah  pihak berkuasa jalankan siasatan lanjut ekoran insiden lempar  bola api terhadap kedai serbaneka  KK Mart cawangan Sungai Isap awal pagi semalam, kata  Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

”Saya juga tidak menolak kemungkinan kejadian yang berlaku  berunsur khianat atau provokasi yang bertujuan mencetuskan ketidakselesaan di kalangan masyarakat dan  menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan”  katanya menerusi kenyataan media di laman Facebooknya miliknya.

Beliau juga mengingatkan rakyat Pahang supaya tidak mengambil tindakan di luar batas undang-undang terutamanya berhubung susulan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah seperti yang berlaku di KK Mart Bandar Sunway, Petaling Jaya beberapa minggu lalu.

Dalam kejadian pagi awal pagi Sabtu lalu, kedai serbaneka, KK Super Mart cawangan Sungai Isap, di Kuantan dilaporkan hampir musnah dipercayai dilempar  bola api.

Oleh: Kabhi Ismail