Ramai dah usahawan luar bandar dibantu KPLB weh

Ramai dah usahawan luar bandar dibantu KPLB weh

LIPIS: Seramai 135 usahawan di negeri ini yang mendapat bimbingan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berjaya mencacat nilai jualan tinggi termasuk tempahan mencecah sehingga RM400,000. 

Timbalan Menteri 1 KPLB, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamed, berkata KPLB menyediakan platform bagi mempromosi produk yang dapat membantu perkembangan perniagaan usahawan luar bandar. 

Sehubungan itu, katanya, usahawan luar bandar perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang e-dagang dan mengambil peluang yang disediakan kementerian itu.

“Usahawan luar bandar perlu beralih dari berniaga secara tradisional dengan menguasai kemahiran digital untuk bersaing.

“KPLB menyediakan banyak kursus dan bimbingan digital bagi membantu usahawan luar bandar dalam memasar dan menambah baik mutu  produk untuk perniagaan online dalam termasuk menyediakan platform DesaMall@KPLB,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD)  Lipis di Dataran Orang Kaya Haji di sini, malam tadi. 

Tambahnya, sejak April lalu, seramai 3,000 usahawan luar bandar seluruh negara dilatih di bawah program DesaMall@KPLB bagi meningkatkan kecekapan menjalankan perniagaan secara dalam talian.

“Apa yang membanggakan, mereka ini berjaya mencatat nilai jualan keseluruhan lebih RM4 juta,” katanya.

Menyentuh program malam tadi, beliau berkata, seramai lima belia luar bandar terdiri daripada golongan B40 di daerah ini terpilih dalam Program Start Right (PSR@KPLB) iaitu bantuan untuk memulakan perniagaan.

“rogram ini memberi peluang kepada belia terbabit menerima latihan asas keusahawanan di samping latihan intensif selama enam bulan serta bantuan dalam bentuk peralatan dan modal bagi memulakan  perniagaan,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE