Ramai gak kayuh leha leha ni ye

Ramai gak kayuh leha leha ni ye

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

PEKAN: Tujuh puluh peserta memeriahkan program Kayuhan Santai sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2021 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, di sini, hari ini.

Kayuhan sejauh 15 kilometer yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain itu bermula di Dataran Chini 2 dan berakhir di Rumah Melayu Sentuhan Kasih Felda Chini Timur 2.

Mohd Sharim berkata, beliau bangga dengan kerjasama yang diberikan semua pihak walaupun program itu dirancang dalam masa singkat.

“Lebih membanggakan program dapat dijalankan tanpa sebarang kemalangan mahupun pekejadian tidak diingini.

“Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dan tidak dilupakan juga pemandu kenderaan yang memberikan kerjasama baik semasa peserta berada di jalan raya,” katanya