KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu merekodkan 16,005 mangsa daripada 4,986 keluarga sehingga 10 pagi ini.
Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 10,088 mangsa daripada 3,303 keluarga berada di 27 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan.
Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Terengganu pula merekodkan 5,917 daripada 1,684 keluarga.
Sekurang-kurangnya 27 PPS yang dibuka di Kelantan membabitkan dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.
Terengganu pula menyaksikan 43 PPS masih beroperasi membabitkan enam daerah iaitu Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Besut, Setiu dan Marang. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN